Isnin, 27 Oktober 2008

Bolehkah merayakan perayaan orang bukan-Islam?

Dari laman web www.mindasuper.com:

"... setelah mengambil kira kesemua ini, secara dasarnya kita tidak diizinkan untuk merayakan dan menghidupkan syiar agama lain seolah-olahnya ia merupakan sebahagian daripada syiar kita. Hal ini tetap dilarang oleh agama selaras dengan apa yang fatwakan oleh ulama sebelum ini. Namun untuk melafazkan ucapan selamat kepada mereka dengan niat untuk memelihara hubungan baik dengan mereka maka ia tidaklah dilarang.


Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan dilaporkan di IslamOnline.net bertarikh 23 April, 2006, "Maka tidaklah salah untuk bertukar-tukar hadiah dengan mereka yang bukan Islam. Seseorang Muslim dibenarkan untuk mengucapkan selamat kepada yang bukan Muslim pada hari perayaan mereka dan ini menjadi satu kewajipan jika yang bukan Muslim itu mengucapkan selamat pada hari perayaan yang disambut oleh orang-orang Islam. Malah tidaklah salah menghantarkan kad pada hari perayaan mereka selagi mana tidak terdapat padanya logo-logo dan lambang yang bercanggah dengan akidah Islam"."

"Berhubung dengan ini Dr. Jamal Badawi, ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research), dan Syeikh Ahmad Kutty, tokoh agama dan pensyarah kanan di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Kanada, memfatwakan, adalah harus seseorang itu kembali untuk menziarahi keluarganya yang bukan Muslim dan makan bersama-sama mereka pada hari perayaan itu. Walau bagaimanapun perlu dipastikan di dalam majlis itu tidak terdapat unsur-unsur yang haram, seperti arak dan yang seumpamanya. Adapun penglibatan dalam aktiviti berunsurkan keagamaan secara khusus, ia tetap dilarang dan diharamkan. Ketika beramah mesra dengan sanak saudara, mereka hendaklah mengambil kesempatan itu untuk menerangkan kepada mereka tentang Islam. Fatwa ini dilaporkan di IslamOnline pada 22 Disember 2005."

Klik dan baca keseluruhan jodol Merayakan Perayaan Yang Bukan Muslim? di www.mindasuper.com.

Tiada ulasan: